Banyak hamba-hamba Allah diatas muka bumi ini yang selalunya apabila terantok baru nak tergadah. Kata perpatah melayu "sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna lagi". Tengoklah dulu apakah perbuatan yang bakal kita lakukan nanti akan melibatkan undang-undang negara ini dan kena tahu apa pulak kesannya akibat perbuatan tersebut. Dalam kes Aduka Taruna, kasihan ibubapanya yang sama-sama dicerca oleh pembaca blog.Mereka tak tahu apa-apa tapi dicerca akibat keghairahan anaknya mem-blogging. Pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar berpatah melayu selalunya kita gunakan bila marah seseorang itu.
Kita hendaklah berfikir dengan waras yang sewajarnya jika sesuatu tindakan yang bakal kita ambil nanti adakah kita menconteng arang di muka ibubapa kita! Dalam soal hukum-hukum agama pulak, tanya kepada ustaz-ustaz kerana jika tersilap kenyataan atau ucapan kita nanti menjadikan kita orang munafik, pasik dan paling bahaya sekali boleh menjadi kita murtad.
Jika selepas ucapan dan perbuatan kita selepas itu dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan terjadi kemalangan terus meninggal dunia, pada zahirnya nampak kita ini Islam tapi bathinnya kufur atau kafir, itu kata guru tasawuf aku. Jangan main-main dengan lidah kerana disebabkan lidah kita diazab nanti.
Dalam satu kisah disebuah sekolah Menengah di Perak. Masa itu cuacanya panas terik dan ada dua tiga murid melayu diluar kelas. Gurunya menyuruh mereka masuk ke dalam kelas. Murid-murid ini menjawab kepada gurunya begini "tak apa chegu! kena biasakan diri dengan cuaca panas nanti apabila mati nanti masuk dalam neraka lagi panas". Bagi murid-murid ini cuma main-main bagi mereka ucapan tersebut. Tapi hukumnya mengikut Islam dikira murid-murid ini sudah murtad. Jangan main-main dengan hukum-hukum Allah SWT.
Nasib baik guru ini berjumpa dengan seorang guru agama yang mengajar Ilmu Tasawuf tentang kejadian ini. Diatas nasihat beliau , murid-muridnya ini diminta ber-astaghfirullah berkali-kali seterusnya mengucap dua kalimah dan bertaubat atas tindakan mereka yang dianggap main-main tetapi sebenarnya perkara besar yang melibatkan akidah seseorang Islam itu.
Tentang kes menghina isteri Nabi Muhammad SAW, lagi berat hukumnya disisi Allah SWT. Jadi murtad seseorang itu mengikut kata guru tasawuf tersebut. Kalau tak tahu tanyalah pada Ustaz atau ustazah kerana mereka ini tugasnya membawa kita ke jalan Allah SWT.
Ada dua blog yang di-link untuk pembaca sekiranya ingin bertanya tentang hukum-hukum yang kita tidak tahu atau ragu-ragu. Blog Ustazah Azimah dan Blog Ustaz Nor Amin. Gunalah kesempatan ini dengan ada kemudahan media eletronik yang Allah SWT berikan kepada kita untuk kita manfaatkan sebaiknya bukan untuk mencari kemungkaran kerana kita terlalu sombong, bodoh atau pun malu untuk bertanya pada mereka yang arif tentang soal hukum Allah SWT.
Disini ambillah iktibar dengan apa yang berlaku dalam kes Aduka Taruna. Nak cari "popularity" atau menempah tiket ke neraka Allah SWT. Sementara ibubapa kita masih hidup, jagalah maruah mereka sebaik-baiknya mungkin semoga kita menjadi anak yang soleh atau isteri solehah. Hidup di dunia hanyalah pinjam-pinjaman, akhiratlah jua yang kekal abadi.
Sekian
No comments:
Post a Comment