PERBETULKANLAH BACAAN FATIHAH ANDA

Monday, 10 September 2012

HUKUM MEMBACA RAMALAN BINTANG

Ustaz Abdullah Yassin menulis...

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pengirim artikel.

Membaca Horoskop walau suka-suka. Perbuatan atau hobbi tersebut sebenarnya bukan saja boleh merosakkan solatnya tetapi juga Aqidahnya. Semoga tulisan berguna seperti ini akan semakin banyak menghiasi blog kita kerana ia ada nilai mendidik masyarakat agar terpelihara iman dan amal soleh mereka.

Komen saya dalam hal ini hanya sekedar menguatkan lagi pandangan penulis blog berkenaan bahawa membaca horoskop boleh mengakibatkan solatnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari. Malahan dalam pandangan saya hobbi tersebut juga dapat menghapuskan semua amal soleh seseorang. Mengapa demikian ?????????????

Jawapannya seperti berikut :

1. Membaca horoskop sama dengan percaya kepada ramalan bomoh. Percaya kepada ramalan bomoh atau 
dukun hukumnya syirik. Syirik jenis ini dalam ilmu Akidah dinamakan Syirik Sifat dan syirik sifat pula termasuk ke dalam Syirik Akbar (Syirik Besar).

2. Dinamakan syirik sifat kerana mengetahui perkara ghaib hanya Sifat Allah, bukan sifat makhluk. Oleh itu jika ada keyakinan bahawa selain Allah juga dapat mengetahui perkara ghaib maka itu bermakna dia telah menyekutukan Allah dengan makhluk dalam hal sifat. Itulah sebabnya perbuatan tersebut dinamakan Syirik Sifat.
3. Sebenar Syirik Besar bukan hanya menghapuskan pahala solat seseorang, tetapi ia dapat menghapuskan semua amal soleh seseorang jika dia tidak cepat bertaubat kepada Allah dengan Taubat Nasuha. Hakikat ini merujuk kepada firman Allah dalam Surah Al-Zumar / 65 :

( Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (Nabi-Nabi) yang sebelummu : Jika kamu mempersekutukan (Allah) - syirik - niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi ).


4. Demikian sedikit nasihat semoga berguna.

Wassalam,

Ustaz Dr. Abdullah Yasin
+6012 205 60 40
No.62 Jalan Pauh Kijang,
Kg Malaysia Raya , Sg. Besi , KL



No comments:

Post a Comment