PERBETULKANLAH BACAAN FATIHAH ANDA

Saturday, 1 December 2012

DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP

Salam Pembaca Yang Setia,

Doa ini diambil dari Darusyiffa. Ia salah satu doa untuk membuka segala kunci pada permasalahan jasmani dan rohani. Sebelum ini captain telah memasukkan N3 "Doa Pembuka Dan Menutup Pintu Hati". N3 kali ini juga adalah Doa  untuk membuka apa telah tertutup atau terkunci seperti fikiran,hati, pintu rumah, peti dan lain-lain lagi.

Banyak yang tertutup atau terkunci. Sebagai contohnya, nafsu dikunci terhadap isteri, ilmu pelalau yang digunakan atas seseorang untuk menghalang dari bertemu jodoh. Pintu rezeki tertutup rapat. Fikiran dan hati yang tertutup. Perasaan dan kasih sayang tertutup pada isteri atau suami dan sebagainya.

Jodoh pertemuan, hidup mati, bertemu dan berpisah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah S.W.T. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT akan menentukan segala-galanya. 


Maksudnya:(Surah Al-Fath:Ayat 1,2,3):

1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, 
2. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). 
3. Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 

Wasallam.

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. terima kasih..besar ertinya ayat ini buat saya sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. Assalam,bagaimana cara mengamalkan nya.

    ReplyDelete